How Can We Cultivate a Healthy Lifestyle At School Level?

(ATTENTION : i made this out from 1Malaysia.com.my because i can’t write more than  500 Alphabetical in there.)

Perbincangan tajuk dari 1Malaysia.com.my

CLICK HERE

Pengenalan :

Sewaktu saya masih di alam persekolahan, terutamanya ketika diperingkat sekolah rendah (1988-1992), saya adalah seorang pelajar yang berbadan gempal (tidak terlalu gemuk), dan ketika di sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 (1993-1995) saya adalah seorang yang gemuk, dengan berat badan sekitar 110kg.

Bermula dari saya tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 (1996-1997) saya memulakan diet saya, dengan hanya memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja selama hampir 20 bulan (1 tahun 8 bulan), saya hanya memakan nasi bersama lauk pauk hanya seminggu sekali sahaja, itu pun di dalam kuantiti yang sangat sedikit, saya tidak melakukan senaman tetapi hanya bermain “Roller-Skate” / aggressive extreme skating (kasut roda). Setelah 20 bulan berdiet dengan menjaga pemakanan, berat badan saya berjaya dikurangkan sehingga menjadi 60kg daripada 110kg, sebanyak 50kg penurunan.

Jawapan dan Penyelesaian kepada Tajuk Topik :

1.

Antara langkah-langkah yang boleh di ambil oleh Pihak Kerajaan, ialah dengan melaksanakan modul pemakanan berjadual / berkala, seperti di asrama atau di kebanyakkan sekolah di negara barat serta di Jepun. Modul seperti ini bukanlah sesuatu yang baru.

Di negara barat (negara maju), sekolah sekolah mereka menyediakan makanan untuk para pelajar, yang mana makanan yang di sediakan adalah yang seimbang dan berkhasiat serta bersesuainya dengan diet para pelajar.

Malaysia boleh melaksanakan yang serupa dengan konsep seperti diatas, yang mana makanan para pelajar di bekalkan oleh pihak sekolah melalui pengurusan kantin, dan di kawal selia dengan kerjasama oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Konsep makanan di sediakan di dalam “tray”.

Konsep “tray” ini seperti yang kita boleh lihat di Asrama, Hospital, Penjara atau di Kem PLKN.

TETAPI…

Tetapi mempunyai sedikit masalah yang terdapat di dalam konsep ini jika hendak di implementasikan, kerana persoalannya :

i.) Berapakah bayaran yang mesti di bayar oleh ibu bapa ?

ii.) Bagaimana pengusaha kantin sekolah, adakan mereka akan digulingkan dan perniagaan mereka di ambil alih oleh kroni kroni atau pihak tertentu ?

Amat mudah untuk menyelesaikan masalah ini, dan telah saya fikirkan.

PERTAMA, kantin sekolah hanya (ONLY) boleh menjual makanan di dalam “tray” secara full set meal (set lengkap) !!! Full Set meal (set lengkap) – berarti ianya mengandungi karbohirat seperti nasi, protein seperti lauk ikan / ayam / daging, zat seperti sayur-sayuran dan vitamin seperti buah-buahan serta air minuman berperisa yang mengandungi sedikit gula (gula membekalkan tenaga segera).

Bermakna, setiap tray yang dijual adalah set lengkap dengan makanan yang seimbang. Dan yang terpenting, ianya boleh di kawal selia oleh Pihak Kementerian Kesihatan, dan jenis masakkan apa yang hendak di masak setiap hari, menu makanan dan jenis masakkan hendaklah mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Sila baca keratan Akbar Kosmo ini untuk memahami konsep penyediaan makanan berjadual yang seimbang dan berkhasiat :

http://tinyurl.com/KOSMO-19hbJUN2011

KEDUA, pengusaha-pengusaha kantin sekolah sedia ada tidak perlu di rombak atau ditukar ganti, masih boleh dikekalkan. Cuma jikalau mereka mempunyai peniaga-peniaga kecil menumpang berniaga di dalam kantin mereka yang terpaksa berundur.

Tetapi ini masih boleh diselesaikan, dengan mereka bekerjasama (seperti konsortium) dengan pengusaha kantin tersebut. Mereka masih boleh membekalkan 1 atau 2 jenis makanan untuk diletakkan di dalam tray, seperti pengusaha A membekalan nasi dan lauk pauk, penjaja B membekalkan buah-buahan, penjaja C membekalkan kuih muih, penjaja D membekalkan air minuman.

Dan mereka ini masih boleh mengekalkan pembekal pembekal bahan mentah kepada mereka.

Rezeki ini terlalu luas untuk di nikmati bersama (It’s a big piece of cake), jikalau oleh yang memikirkannya dan melaksanakannya seorang yang adil dan amanah. Bukan hanya untuk seorang menyapu bersih semua.

Kos penyediaan makanan di dalam “tray” ini tidak terlalu tinggi, kerana mempunyai pelanggan tetap (iaitu para pelajar) dan penyediaan didalam kuantiti yang banyak (asas ekonomi, banyak = harga jatuh).

Secara purata ibu bapa memberikan anak-anak mereka duit belanja di sekolah ialah RM 2 sehari, bagi peringkat sekolah rendah. Dan RM 3 – RM 5 sehari bagi peringkat sekolah menengah.

Maka pihak pengusaha kantin hendaklah membuat set meal mereka dengan pelbagai pilihan seperti (contoh yang berikut) :

SET A @ RM 2 :

Nasi

Ayam tanpa kulit masak kurma

Sayur kacang panjang goreng telur

Buah

Air Sirap

SET B @ RM 3.50 :

Nasi

Hati Berulamkan Jantung

Sayur kailan kukus dengan sos tiram

Buah

Kuih

Air Sarsi

SET C atau D dan sebagainya bagi memberi pilihan dan bersesuainya dengan kemampuan para pelajar.

Saya telah mengambil kira kemampuan setiap lapisan masyarakat di Malaysia, dari di kampung sehingga di bandar, dari yang kurang berkemampuan sehinggalah ke penyamun yang kaya raya.

Set meal “tray” ini tidak perlulah setiap bahan (portion) makanan itu diletakkan banyak, cukuplah sekadar mengalas perut dari lapar ketika belajar, dan mereka para pelajar akan makan dan makan lagi di rumah. Pelajar sekolah rendah terutamanya, mereka tidak makan banyak, perut mereka bukan tangki lori minyak Petronas, tetapi hanya kereta kancil. Seekor ayam yang kebiasaannya di potong 9, boleh di potong 18. Ini akan mengurangkan kos, lantas harga minima RM 2 bagi set meal asas (basic set) boleh dicapai dengan pengusaha mempunyai keuntungan.

Secara purata, 1 set nasi lemak (typical) bersaiz sederhana mengandungi 400 Kalori. Jikalau set nasi lemak itu di beri sekadar (metaphor) nasi lemak 50 sen, maka kandungan kalori nya menjadi 200.

( * FAKTA : Berlari selama 1 jam hanya membakar 350 kalori.)

Untuk menyeimbangkan masuk keluar / “input output” kalori ini, bahan makanan yang di sediakan dan portion banyaknya hendaklah di ambil kira.

Semua masalah untuk perlaksanaan konsep ini telah saya fikirkan dan selesaikan, ibarat peribahasa “Bagai Menarik Rambut Di Dalam Tepung, Rambut Dapat, Tepung Tidak Berselerak”. Rakyat untung, pengusaha kantin untung, Kerajaan paling untung dengan hampir 0 (ZERO) kos, dan saya yang paling rugi jika idea dan cadangan saya ini diambil gunapakai tanpa sebarang bayaran, atau zalim lagi tanpa terima kasih (not being appreciated).

Tidak akan menjadi isu kerana, kesemua pengusaha kantin, termasuk penjaja sampingan di dalamnya (jika ada) dan pembekal bahan mentah kepada pengusaha kantin masih dapat di kekalkan. Dan hanya, konsep serta cara pentadbiran sahaja yang di tukar ganti dengan sistem Penyediaan Makanan Berjadual Berpusat.

2.

Tidak ada mana mana program sukan di dalam Negara ini yang boleh dibanggakan, kesemuanya Cemerlang, Gemilang & Jembalang. Hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Didalam apa yang kita lakukan untuk berjaya, it’s all about persistency (ialah mengenai kecekalan kita) and decipline (disiplin).

Sama seperti maksud kata bijak pandai ini (philosophy) :

No law or ordinance is mightier than understanding” – PLATO

Saya tidak dapat melihat apa apa contoh mengenai perkara ini, KECUALI pada sebuah sekolah, yang mana sekolah ini adalah sekolah swasta di Malaysia, dan dahulu dikenali sebagai “Sekolah Badminton” kerana sekolah ini mementingkan sukan badminton dan di tubuhkan selepas Malaysia menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992 (sebagai Sekolah Badminton).

Sekolah tersebut ialah “Seri Garden School” :

http://tinyurl.com/SeriGarden

Seri Garden School ini amat mementingkan kokurikulum, yang mana yang saya ketahui (kerana 8 orang rakan saya pernah bersekolah disitu), apabila tamat waktu pembelajaran iaitu dari jam 7:30pagi sehingga 1:30petang, bermula dari pukul 2:00petang sehingga 5:00petang, para pelajar wajib… saya ulangi WAJIB menghadiri kokurikulum sekolah (yang mereka minati dan ceburi), kerana kokurikulum sekolah adalah sebahagian dari subjek mata pelajaran.

Kerajaan boleh menggunapakai modul dari sekolah ini, dengan menukarnya sedikit dimana kedatangan (attendance) kokurikulum adalah kedatangan ke sekolah, jikalau para pelajar hanya datang ke kelas pembelajaran tetapi poteng kokurikulum, maka mereka dikira ponteng untuk satu hari itu. Dan jadikan kokurikulum (waktu kokurikulum) adalah sebahagian dari subjek peperiksaan (UPSR/PMR/SPM). Seperti di Amerika, kecemerlangan di dalam kokurikulum adalah bonus dan suatu keistimewaan untuk mendapat tempat di universiti ternama dan biasiswa. Dengan ini secara tidak langsung, akan menjerus para pelajar untuk ber-kokurikulum (like it or not, they have to).

Dan ini juga dapat mengurangkan masalah pelajar lepak dan berfoya-foya, kerana mereka akan berada di sekolah dari jam 7pagi sehingga 5petang, setiap hari !!!

3.

Soalan ke-3 ini adalah hampir serupa dengan soalan ke-2 dengan jawapan seperti di atas. Soalan yang hampir serupa dengan sedikit perubahan (with a little bit of twist), macam lawyer daaa…

Saya ulangi sedikit dari jawapan ke-2 : Tidak ada mana mana program sukan di dalam Negara ini yang boleh dibanggakan, kesemuanya Cemerlang, Gemilang & Jembalang. Hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Serbegeth ‘Shebby’ Singh, mengatakan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-6 dan ke 39 di dunia paling ramai obes.

Tidak pula mengatakan bahawa kanak-kanak ataupun dewasa, ini membawa erti kepada RAKYAT Malaysia, termasuklah Pemimpin, Shebby, saya sendiri dan orang lain.

Maksud saya di sini, kenapalah hanya mereka para pelajar sekolah sahaja yang dipersalahkan, mengapa tidak Shebby sendiri mahupun pemimpin pemimpin Negara dan isteri isteri mereka serta keluarga mereka yang terbukti ramai yang obes. Adalah tidak adil. LEAD BY EXAMPLES please !!! Buat apa hendak melihat yang jauh, sedangkan yang bercakap mengenai perkara ini dan mahukan perkara ini di banteras sendiri adalah obes. ??? Ibarat, merata dulang paku serpih, mengata orang, eh dia yang lebih. Dan ibarat “Kuman Di Seberang Laut, Nampak Sahaja. Gajah di Dalam Rumah Tidak Pula Nampak”.

Seperti soalan, tidak ada apa program yang boleh di banggakan, tidak ada yang boleh diperbaiki, nanti kelak menjadi ibarat “Tikus Membaiki Labu”, kerana semua ini bermula dari rumah, dari ibu bapa, dari pemimpin, ibarat pepatah “BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA”.

Dan bagi saya, saya berhak untuk bersuara kerana, lihat pada gambar dibawah :

Anda boleh mendapatkan BMI berat anda pada laman web ini : http://www.acaloriecalculator.com

Tahap kolestrol dan gula saya :

Yang kita boleh buat, start a new (mulakan dari baru).

Seperti yang saya katakan, Didalam apa yang kita lakukan untuk berjaya, it’s all about persistency (ialah mengenai kecekalan kita) and decipline (disiplin).

ARE YOU FAT ? OR LOW FAT ??? Please check your BMI.

Sekian,

Luqmanul Hakim bin Abd. Rahim (LuQiee)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s