A Budget for Sustainable Growth

(ATTENTION : i made this out from 1Malaysia.com.my because i can’t write more than  500 Alphabetical in there.)

 

Perbincangan tajuk dari 1Malaysia.com.my

CLICK HERE

PENGENALAN :

Pertama sekali saya ingin menyatakan rasa syukur kerana kita mempunyai Perdana Menteri yang cukup bijaksana setelah era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang Perdana Perdana Menteri setelah beliau kesemuanya cukup pandai, ya… cukup pandai bercakap sahaja, tetapi tidak cukup pandai untuk menyelesaikan masalah dan tidak cukup pandai dalam praktikal.

Pada tahun 1995, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kita hendaklah berusaha menjadi negara maju pada tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang mempunyai perdapatan per/kapita tinggi iaitu USD $ 15,000 (RM 45,000) setahun. Dan pada tahun 2006, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kita akan menjadi negara dengan pendapatan per/kapita yang tinggi iaitu USD $ 24,000 (RM 72,000) setahun.

Kini Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sasaran kita ialah USD $ 15,000 (RM 45,000) pendapatan per/kapita setahun sebagai negara maju.

Ehhh… kenapa kita berundur dari USD $ 24,000 ke USD $ 15,000 ???

Seperti yang saya katakan, kita patut bersyukur kerana mempunyai Perdana Menteri yang cukup pandai,  telah membaca 3000 lebih judul buku kononnya, berkelulusan ijazah ekonomi, lihat lah negara kita sekarang, rakyat terlalu mewah hinggakan makan pun ada yang hanya sehari sekali sahaja. Semua ini disebabkan oleh keterlalu bijaksanaan bekas Perdana Menteri kita yang sebelum ini dan yang sekarang ini. Dan dibantu oleh “fish tank” beliau, betul ke istilah itu untuk ahli majlis fikir Perdana Menteri ? atau “think tank” ? maafkan saya, saya ni bodoh dan kurang membaca serta tidak membuat “homework”, anda yang pandai, anda yang lebih dahulu makan garam. Kan… ???

Pendapatan per/kapita Malaysia pada 2010 adalah USD $ 14,670 dan menduduki tangga ke-57 dari 183 Negara. Dibandingkan Negara Brunei Darussalam yang kebanyakkan orang Malaysia kata tidak maju, tidak ada LRT, tidak ada F1 Circuit, tetapi mempunyai pendapatan per/kapita sebanyak USD $ 48,892 dan menduduki tangga ke-5 dari 183 negara.

( * rujukkan adalah dari Per/Capita WikiPedia )

 

Untuk maklumat anda yang membaca ini, sila gunakan “common sense” dan  “logik pemikiran” untuk memahami apa yang hendak saya sampaikan.

USD $ 15,000 pada tahun 2020, iaitu 9 tahun dari sekarang adalah persamaan dengan USD $ 1,500 pada masa kini (2011). Atau saya reverse kan, nilai RM 1 pada zaman 50an dahulu adalah persamaan dengan RM 1000 pada masa kini. Air kopi secawan baru RM 0.01 (1 sen) sahaja ketika zaman itu. Semua factor ini adalah disebabkan inflasi dan defisit nilai matawang, lantas menyebabkan masalah ekonomi yang dikenali sebagai “low purchasing power”.

Maka jika Perdana Menteri kita yang terlalu bijak pandai mengatakan kita harus mencapai USD $ 15,000 pada tahun 2020, bermakna kita akan menjadi negara maju dengan kemudahan dan infrastruktur kelas pertama, tetapi sengkek !!! Kerana nilai USD $ 15,000 ketika itu adalah bersamaan dengan USD $ 1,500 ketika ini.

Saya buktikan perkara ini dengan mudah, anda… YA ANDA yang membaca ini, pada tahun 2000, apakah yang anda boleh beli dengan RM 50 ? Cuba bandingkan nilai RM 50 ini dengan masa kini, apa yang anda boleh beli ? Saya rasa isi minyak kereta sahaja, hilang RM 50 sekali jalan.

Pendapatan per/kapita tidak cukup untuk mentafsirkan “purchasing power” yang sebenar, untuk mendapatkan formula adalah NETT Per/Capita, iaitu pendapatan per/kapita ditolak 60% anggaran purata untuk menjalani kehidupan asas seharian termasuk makan minum harian, kereta & rumah. Maka baki nya yang 40% itu adalah NETT Per/Capita, seseorang boleh mengetahui lebihan kewangan itu, maka itu yang diambil kira sebagai “purchasing power” yang sebenar. Kalau di kira dari Malaysia ini

USD $ 14,670

–               60%

  USD $ 5,868

 

Bakinya adalah USD $ 5868 (RM 17,604) , dengan baki sebanyak itu, apa yang boleh dibuat untuk setahun ? Pergi Genting main judi pun tak cukup modal (lainlah kalah judi USD $ 4 Juta di Vegas, kerajaan yang bayarkan). Dengan duit lebihan sebanyak itu, secara logiknya, orang tidak akan berbelanja, tetapi orang akan berjimat dan menyimpan. Secara tidak langsung, tidak ada “cash flow” di dalam negara terutamanya mahupun luar negara. Dan ini akan menyebabkan ekonomi negara terencat.

Sepatutnya kita meletakkan sasaran kita ialah pada tahun 2020, pendapatan per/kapita negara ialah USD $ 100,000.

Atau kalau kita mempunyai Perdana Menteri yang terlalu bijaksana serta egoistic (ujub) seperti Perdana Menteri di dalam filem “Singapura Di Landa Todak”, sudahlah bodoh – sombong pula. Maka kita akan menjadi negara yang super-kaya, yang membayar gaji rakyat nya dengan duit bertrillion dollar.

Anda tidak percaya ? adakah anda merasakan saya bukan “a factual person” ? Lihat gambar dibawah :

Ya… Saya seorang trillionaire hahahaha $ 100,000,000,000,000 ($ 1 Trillion dollars Zimbabwe), tetapi nilai itu tidak mampu walau untuk membeli sekeping roti pun !!! Ramai yang tidak mengetahui wujudnya duit ini, maklum lah, bijak pandai – rajin membaca – selalu buat homework. Lain lah saya, saya ni bodoh, muda pula, tidak makan garam dahulu, suka main bola, suka bersantai jadi tetamu jemputan di stesen radio, pendek kata suka buang masa dengan perkara yang tidak penting, maklumlah mencari popularity sahaja bukan untuk berbakti dan memegang amanah negara.

Renung-renungkan lah…

 

1.

Bidang yang mempunyai masa hadapan yang cerah dan berdaya kekal ialah bidang Komputer dan Technology !!!

Tetapi kita telah silap pada masa lalu, kerana Singapura telah menyapu bersih peluang ini, mereka telah menjadikan Negara mereka hub serantau Asia-Selatan bagi rangkaian network cable fiber optic syarikat pembekal pembekal internet gergasi dunia (TIER-1 ISP) seperti NTT, C&W, Asiacom, GlobalCrossing dan sebagainya. Apalah gunanya Cyberjaya itu dan infrastruktur nya kalau sekadar untuk dibuat jeruk atau perhiasan ??? Menteri yang bertanggungjawab bukanlah orang yang pakar dalam bidang I.T dan technology ini, apa dia tahu ?

Bidang lain ? Kesemuanya hangat-hangat tahi ayam, sebagai contoh Pertanian, konon peruntukkan RM 5 Billion pada RMK yang lalu, mana nya ??? tak rasa pun… rakyat tak rasa pun !!! Kalau saya lalu di kampung kampung, besar itu juga lah tanah orang kampung, macam itu lah juga peralatannya, tidak ada pun helicopter yang mengangkut, RM 5 Billion tu, banyak boleh beli. Mana pergi semua duit itu ???

Biasalah, sebab ianya di uruskan (manages) oleh orang orang yang terlalu bijak pandai, sebab itu ianya tidak capai pada pihak sasaran. Itu belum di ambil kira yang kena hi-jacked oleh lanun penyangak, RM 5 Billion tinggal RM 5 Juta jer, pasal lanun samun. Tidak transparent. Kita semua pun tak nampak buku akaun kira-kira, pada siapa duit itu diberikan, apakah jenis pertanian yang diusahakan, dimana ?. Kita hendak lihat semua itu, kami rakyat adalah share-holder dalam ini syarikat, jadi kami berhak mendapat buku akaun kira kira tersebut.  Atau kerana terlalu sengkek, buatlah dalam website, senang – jimat kos kertas dan printing.

Golongan sasaran yang sepatutnya di dalam situasi sekarang ini golongan rendah dan golongan sederhana.

Buat apa hendak bantu golongan kaya raya ini ? Mereka dah cukup kaya lagi pun. Dan mereka sendiri tidak pernah memberi duit kepada golongan rendah atau golongan sederhana ini. Mereka tidak pernah membeli produk produk yang dijual oleh golongan ini. Mereka membeli di Milan, London dan sebagainya. Mereka tidak makan keropok ikan, mereka tidak makan kerepek, mereka makan Mcdonald, mereka minum ice-blended di Starbucks. Mereka sendiri tidak pernah menyumbang kepada ekonomi dalaman negara, tidak memberikan cash-flow yang banyak untuk merangsang ekonomi dalaman negara. Sebagai contoh, anda… YA ANDA, pernah anda membantu saya ? pernahkah anda memberi duit pada saya, untuk saya makan kah kahwin kah beli rumah kah ? tidak pernah, jadi anda rasa buat apa saya hendak bantu anda menyumbang akal saya yang mahal ini, sedangkan anda tidak pernah membantu saya ? saya baca buku pun untuk mendapat ilmu, buku saya kena beli, pakai duit, bukan pakai bulu. OK ?

Saya sarankan juga, supaya industri kecil dan sederhana (IKS) di berikan keutamaan dan peruntukkan terbesar didalam RMK-12 ini, IKS ini termasuklah peniaga peniaga runcit, kecil dan sederhana. Kerana, negara sudah banyak membuat peruntukkan untuk projek projek besar, yang ibarat menanti durian berbuah, jika kita tidak menanam tanaman lain, kita semua nak makan apa ? apa hasil yang ada ?

IKS ini ibarat tanaman sampingan sementara menanti durian berbuah, IKS ini juga boleh diibaratkan ranting ranting dan dahan dahan yang digunakan untuk membakar kayu kayu balak yang besar. Anda pernah pergi camping ? pernah melihat orang membuat unggun api ? kalau kita terus letakkan kayu kayu balak yang besar, sampai subuh pun tak terbakar. Kita mulakan dengan ranting-ranting dan dahan-dahan. Begitulah peranan IKS didalam perkara ini.

Saya sendiri melihat begitu banyak perniagaaan peniaga peniaga kecil dan sederhana ini tidak dapat bertahan kerana tiada modal, buka kedai runcit – melingkup, kerana tiada biayaan, buka syarikat ini pun melingkup kerana tiada pinjaman atau kelewatan memberi pinjaman, orang dah bankrupt baru nak luluskan pinjaman.

RM 20 Juta boleh memberi pinjaman kepada sebanyak  RM 200,000 kepada 100 orang. Dan didalam 100 orang itu mustahil tidak ada seorang pun yang akan membayar balik pinjaman.

TETAPI RM 20 Juta diberikan pinjaman kepada 1 orang, jika 1 orang itu tidak membayarnya. Maka akan kerugian RM 20 Juta terus, lantas menimbulkan NPL. Kerana itu ada satu bank ini, dengan CEO nya yang konon CEO of the year 2009, tetapi pada tahun 2010 NPL bank itu mencecah RM 8.4 Billion !!! NPL tertinggi di dalam sejarah perbankkan negara. Sepatutnya kita namakan, penyamun of the year. Kerana apa jadi begitu ? Kerana RM 500 Juta pinjaman di berikan kepada penyamun A, RM 1.2 Billion pinjaman kepada penyamun B, dan kesemua mereka tidak membayar balik pinjaman mereka. Kerana itu, punyalah susah untuk membuat pinjaman mikro atau pinjaman untuk usahawan kecil dan sederhana. Kerana penyamun penyamun yang berhutang berbillion ringgit dan tidak membayarnya, orang lain yang menjadi mangsa tidak boleh meminjam. Seolah olah yang meminjam beberapa sen sangat ini yang bersalah menyebabkan NPL  tinggi, hakikatnya kerana CEO terlalu pandai dalam pentadbiran, atau kerana terlalu banyak penyamun yang memberi percent %.

Saya ingat lagi ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, ketika itu krisis ekonomi 1998, cukup mudah beliau menyelesaikan, peruntukkan untuk IKS dan peniaga peniaga kecil dan sederhana ini di beri banyak, bank bank dan bank negara diarahkan, setakat syarat peminjam itu cukup cukup makan atau tidak cukup beberapa perkara untuk melengkapkan syarat, luluskan !!! Arahan supaya pinjaman diluluskan walau pun tidak berapa cukup syarat. Tujuannya supaya ia dapat membantu mereka dari terus bankrupt, dan jikalau begitu ramai yang bankrupt, lagi lah rugi, hutang mereka siapa hendak bayar ??? Lebih baik menyokong dengan memberi pinjaman supaya perniagaan mereka boleh kekal, dan dengan harapan mereka membayar balik pinjaman mereka sedikit demi sedikit di masa hadapan.

Iklan Petronas dibawah, sebagai motivasi dan pengingatan untuk semua :

 

2.

Saya memilih keduanya, lambang BN kan “dacing”. Maka haruslah seimbang. Untuk kebajikan rakyat dan pembangunan Ekonomi.

Untuk kebaikkan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Ibarat menanam durian, sementara menanti pokok durian membesar dan berbuah, tanam tanam lah jagung ke terung ke tembikai ke. Mengerti mengenai perumpamaan ini ?

Kalau benar ikhlas dan amanah dengan tanggungjawab sebagai pemerintah. Maka, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Yang penting, janganlah “ujub” (ujub ialah sombong riak di dalam hati, egoistic) kerana ujub itu telah hampir kepada syirik (hadith riwayat Ahmad). Orang yang syirik ini jauh dari rahmat Allah, akal yang bijaksana adalah rahmat dari Allah. Anda belajar la tinggi mana pun university, kalau Allah tak izinkan pandai, bodoh juga. Sekolah 4 tingkat, bodohnya 8 tingkat.

 

3.

Seperti yang saya katakan pada No.1 , Kerajaan adalah umpama syarikat, kami rakyat adalah share-holder. Kami mahu lihat buku kira-kira dan penyata syarikat. Buat lah di dalam laman web dengan terang dan jelas, siapa nama, perniagaan apa, dimana, tanaman apa, berapa banyak peruntukkan kepada mereka nama nama itu diberikan. Baru lah telus… baru lah kami sendiri boleh kira, berapa banyak duit keluar dari peruntukkan yang di berikan untuk sesuatu bidang atau perkara itu.

 

(Maafkan saya kalau apa yang saya lakukan ini menjolok mata, saya melakukan ini kerana hendak menyedarkan. Marah saya lagi tak ??? tidakkk ???? Ehhh kau ingat cerita P. Ramlee ke Luqman ? hahaha)

 

Sekian,

Luqmanul Hakim bin Abd. Rahim bin Abdul Wahab

 

PS :

You should read this police report of mine against your Minister, CLICK HERE

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s