GIVING OUR YOUTHS A CHANCE or simply, POWER TO THE YOUTH!

(ATTENTION : i made this out from 1Malaysia.com.my because i can’t write more than  500 Alphabetical in there.)

Perbincangan tajuk dari 1Malaysia.com.my

CLICK HERE

INTRO :

 

Puan Ngai Yuen di sini adalah kenalan saya, semenjak 12 tahun yang lalu. Kami tidak berapa akrab, walau bagaimanapun, beliau adalah kawan saya.

Dan seperti permintaan Pn. Ngai Yuen, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai apa yang dipinta beliau.

Saya dilahirkan pada 11hb Jun 1980, dan saya kini berusia 31 tahun. Adakah saya dikira sebagai belia ? atau remaja ? Siapa sangka yang saya berusia 31 tahun dengan melihat gambar saya atau rupa saya, kerana saya kelihatan jauh lebih muda dari umur saya. Dan saya juga telah berpuluh kali membuat kejutan, kerana ada orang yang tidak mengenali saya atau tidak pernah melihat saya menyangka saya berusia 60 tahun kerana pemikiran saya yang jauh lebih matang dari usia saya.

Majority kawan kawan saya adalah golongan veteran (orang tua) dan sahabat saya kesemuanya veteran. Malah di dalam UMNO, saya lebih selesa berkawan dengan orang tua (veteran) dari pemuda atau orang separuh tua. Kerana…

Kerana… 95% belia atau orang muda yang saya kenali, mereka bersifat “pedengki” , ini termasuklah mereka yang berusia 60 kebawah (inilah yang di katakan tua tak sedar diri, usia sudah hendak masuk veteran masih tidak insaf). Tanggapan mereka, saya adalah pesaing atau mereka yang berkedudukan akan menjadi seperti Firaun yang merasa kedudukan mereka tergugat dengan saya orang muda yang jauh lebih berkebolehan dari mereka.

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah rasa tergugat dengan sesiapa pun, kerana saya tahu kelebihan dan kemampuan saya. Secara psikologi nya, saya mengetahui bahawa orang yang dengki dan merasa tergugat terhadap saya, mereka tidaklah sehebat mana. Kerana jikalau mereka hebat, mereka tidak akan rasa tergugat langsung. Tidak pernah ada orang pandai yang dengki atau tergugat terhadap orang bodoh. Ini adalah fakta.

Saya mempunyai prinsip hidup, yang saya berpegang kuat sebagai garis panduan hidup saya. Antara yang teratas didalam senarai prinsip saya ialah :

Buat Sehabis Baik

Jadilah yang terbaik antara yang terbaik

Yang benar, tetap benar

saya tidak ambil apa yang bukan kepunyaan saya

jangan ambil tanpa izin barang orang, jika kita tidak suka barang kita diambil tanpa izin

 

Buat Sehabis baik” ini adalah manifesto atau prinsip Pengakap.

Semenjak dari kecil, saya seorang yang sangat aktif di dalam Pengakap. Disitulah saya dilatih dengan “leadership” (kepimpinan). Dari usia 9 tahun sehinggalah ke usia 16 tahun.

Di usia remaja, saya adalah satu satunya ahli pengakap di Malaysia yang di benarkan mengambil 5 Lencana Tertinggi dan rambu kuning pada usia 15 tahun (sepatutnya hanya dibolehkan pada usia 17 tahun sahaja). Saya lulus segala ujian lencana dan rambu hijau pada usia 14 tahun. Ini semua atas bantuan super-senior, senior pengakap saya (Abdul Latif, Lim Joh Chee @ Yusof Lim Abdullah dan Al Faituri) dan juga Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan ketika itu yang memberi kepercayaan kepada saya. Dan saya sepatutnya mengambil Lencana Pengakap diRaja pada usia 16 tahun (yang termuda), tetapi atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan saya tidak jadi mengambil lencana berprestige tersebut, ini disebabkan senior senior lain didalam pasukkan saya iri hati dan cemburu, sehingga ke tahap bertumbuk dengan saya, lalu saya berhenti dan meletak semua jawatan didalamnya. Ini disebabkan saya adalah Ketua bagi pasukan Pengakap sekolah saya, Ketua bagi Pengakap Remaja daerah, Ketua bagi Batallion Pengakap Jamboree pada usia yang terlalu muda, iaitu 15 tahun. Dan adalah antara yang terbaik. Pasukan saya dilatih oleh Unit Komando Tentera diRaja Malaysia, saya tidak memakai topi Pengakap, tetapi topi rasmi pasukan saya ialah “green baret” dengan lencana pengakap padanya. Kasut saya bukan kasut canvas, tetapi boot tentera. Saya juga mempunyai kemahiran pra-komando (hampir kepada asas komando) kerana mengikuti khursus pra-komando pada tahun 1995.

Saya bukan anak anak Perdana Menteri, Menteri atau anak-anak orang kaya yang lembik atau spoiled brat. Saya dilatih untuk menjadi seorang pemimpin, dengan disiplin yang tinggi, dengan kemahiran hidup, dengan kesusahan dan dikari diri. Saya juga adalah anak sulung didalam keluarga, saya sudah biasa memikul tanggungjawab. Saya juga dilatih untuk mengenal pasti musuh dalam selimut (culprit), saya juga dilatih untuk mengenal pasti orang yang bermasalah didalam pasukan, saya juga dilatih untuk mengesan orang menipu dan menjadi petualang musuh di dalam pasukan dan sebagainya latihan kepimpinan.

Apa yang penting, yang mempunyai persamaan antara keluarga saya dan Pengakap ini ialah sistem “Punishment & Reward” (hukuman dan ganjaran). Yang mana arwah bapa kandung saya mengamalkan sistem ini di rumah kepada saya. Jikalau saya membuat sesuatu perkara baik atau menjadi yang terbaik, ganjaran diberikan, manakala jika saya membuat kesilapan hukuman berat akan diberikan. Secara tidak langsung, sistem “Punishment & Reward” melatih dan membentuk saya supaya tidak membuat kesilapan atau kesalahan supaya tidak dihukum dengan hukuman, malah ia juga mendidik saya untuk berbuat baik dan menjadi yang terbaik untuk menerima ganjaran.

Arwah bapa kandung saya juga adalah seorang yang sangat berdisiplin, tegas dan “punctual” (menepati masa). Pernah suatu ketika, saya ketika itu darjah 1 (berusia 6 tahun, saya mula bersekolah setahun lebih awal), saya pulang dari sekolah dan bermain bola di padang, akibatnya arwah bapa saya terpaksa menunggu hampir sejam. Apabila saya ke pagar sekolah, beliau telah menunggu saya, dan melayan saya dengan baik sekali, tetapi apabila bila tiba di rumah, turun sahaja dari kereta di garage, saya di belasah seteruk nya sebagai hukuman kerana membuang masa beliau dan tidak punctual (apa alasan pun tidak diterima). Kepala saya berdarah kerana di ketuk dengan kepala tali pinggang. Pernah sekali, saya terambil sebatang pencil milik kawan sekelas saya, dan kawan saya itu mengadu kepada arwah bapa saya kononnya saya mencuri pencil nya, teruk saya dibelasah. Sebenarnya saya terambil kerana saya menyangka pencil itu adalah milik saya, kerana kawan sekelas saya itu duduk bersebelahan sahaja dengan saya.

Arwah bapa kandung saya, amat amat dan sungguh amat sekali mementingkan pendidikan (education). Saya mula bersekolah semenjak dari berusia 4 tahun di tadika sehingga berusia 5 tahun, mula memasuki sekolah rendah pada usia 6 tahun.

Saya sentiasa mendapat nombor 1 atau 2, paling tidak nombor 3 didalam setiap peperiksaan di kelas. Kerana apa ? Anda bayang kan ini, makcik saya iaitu adik kepada arwah bapa saya, pernah di rejam kepala nya di dalam mangkuk tandas oleh arwah bapa saya kerana beliau mendapat keputusan peperiksaan yang corot. Anda bayangkan hukumannya kepada saya jika tidak mendapat nombor 1 atau 2 atau 3 di dalam peperiksaan. Gunakan imaginasi anda untuk membayangkan hal ini.

Ibu saya pula, setelah kematian arwah bapa saya, beliau hanya menyambung apa didikan allahyarham kepada saya. Terutamanya sistem “Punishment & Reward”. Beliau juga amat mementingkan pendidikan (education).  Setiap kali harijadi saya, hadiah yang beliau akan belikan kepada saya ialah set set buku buku yang berharga ribuan ringgit seperti encylopedia, dictionary, know-how dan sebagainya. Paling mahal hadiah yang pernah diberikan ialah satu set komputer pada tahun 1989, ketika itu computer peribadi (PC) amatlah mahal.  Ibu saya tidak kisah jikalau beliau tidak mempunyai duit untuk melancong atau membeli kereta yang mahal mahupun keperluan dirinya, asalkannya anak anak nya mendapat apa yang terbaik untuk pendidikan (education) dan pengetahuan (knowledge). Itu adalah investment (pelaburan) beliau, dan saya pasti akan memberikan pulangan yang sungguh mengembirakan beliau untuk membalas jasa beliau.

Saya seorang yang suka membaca apa sahaja berkaitan ilmu, komputer dan internet adalah sahabat karib saya. Dahulu saya terpaksa ke Perpustakaan Negara Malaysia (sangat aktif) untuk membaca buku buku, tetapi kini, saya hanya perlu melayari internet untuk mencari bahan bacaan. Saya juga adalah ahli untuk beberapa perpustakaan digital (online library) dan arkib arkib. Untuk pengetahuan anda yang membaca ini, sehingga kini, saya telah membaca sebanyak 5205 buah judul buku, tidak termasuk buku sekolah, majalah, sampah sarap, komik dan artikel di internet. Saya mengira setiap buku yang saya baca semenjak dari usia 9 tahun, kerana ibu saya ketika itu melatih saya dan adik saya untuk membaca, setiap buku yang dibaca akan dibayar RM 5 sebagai ganjaran. Beliau akan bertanyakan soalan secara rawak dari isi kandungan buku yang telah dibaca untuk memastikan kami membacanya dan tidak menipu kononnya telah membaca. Ini telah menjadi tabiat saya semenjak dari kecil. Dan perkiraan itu masih saya lakukan sehingga ke hari ini, setiap buku yang telah saya baca, akan saya campurkan. Rumah saya penuh dengan buku-buku, siapa yang mengenali saya dan pernah datang ke rumah saya pasti akan mengesahkan perkara ini. Bukan tersimpan di almari seperti tidak pernah dibaca, tetapi bersepah sepah di serata rumah, kerana saya membaca setiap masa.

Saya bukan seperti kebanyakkan orang, menggunakan internet hanya untuk ber-facebook 24jam, ber-twitter 24jam, ber chat dan membuat sesuatu yang tidak berfaeadah 24-jam. Kebanyakkan masa saya online adalah membaca dan menulis, bukan bergosip, mengumpat, meng-troll orang atau mencari popularity seperti orang kebiasaan. Saya mula menggunakan internet semenjak dari tahun 1992, ketika itu JARING (Mimos) adalah ISP pertama di Malaysia, dengan kelajuan modem terlaju dipasaran ketika itu ialah 9.6Kbps (14.4Kbps pada tahun 1993).

Saya juga dikenali dikalangan kawan kawan terapat saya sebagai “portable encylopedia”  dan “portable dictionary”, dan saya selalu menjadi tempat rujukkan mereka, terutamanya perkara berkaitan komputer dan teknologi kerana ianya adalah bidang yang saya sangat mahir.

Sewaktu di sekolah rendah hingga sekolah menengah, saya telah mula berniaga. Antara perniagaan yang saya buat ialah, menjual surat khabar lama (old newspaper), tin aluminium, tikam, collectors card, permainan komputer (5.25” floppy ),  komputer, dan membuat rotor elektrik kereta lumba TAMIYA (homemade High-Performance 200K RPM rotor).  Saya mempunyai ribuan ringgit di dalam akaun bank kanak-kanak dan remaja saya dahulu, kesemuanya hasil titik peluh saya sendiri. Saya membeli basikal berharga RM 500 dengan duit saya sendiri pada usia 11 tahun, saya beli Sega game konsol pun dengan duit saya sendiri. Amat jarang ibu saya akan membeli saya benda benda yang beliau rasa tidak bermanfaat.

Saya sewaktu kecil juga, sering dibuli oleh orang orang sekeliling. Saya pun tidak tahu apakah punca nya. Mungkin mereka dengki atau mungkin mereka merasakan mereka tergugat. Pernah saya bertanya kepada salah seorang yang membuli saya, beliau berkata, “sebab kau terlalu putih, macam anak sultan”. Langsung tidak masuk akal.

Walau apa pun, kesemua penderitaan dan kesusahan saya, terutamanya setelah kematian arwah bapa saya, serta didikkan keluarga saya yang menjadikan saya seperti saya sekarang ini. Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam pembesaran anak-anak, ia juga faktor utama yang menyumbang kepada mencorak generasi seterusnya.

Apabila kita berilmu, secara sendiri nya kita akan yakin dengan diri sendiri. Knowledge makes a person charming and stand amongst the crowd.

Seorang peserta diskusi roundtable 1Malaysia ini, iaitu Checho menyatakan bahawa orang tua mempunyai pengalaman. Ya… saya tidak nafikan ianya benar, tetapi beliau lupa. Pengalaman sahaja tidak mencukupi, mesti ada ilmu. Untuk sejarah, saya rasa pengalaman hidup saya selama 31 tahun ini sudah lebih berpengalaman dari kebanyakkan orang orang tua. Tidak semua orang berpeluang merasai onak berduri didalam kehidupan. Tidak semua orang “gifted”. Ada orang yang lain dari yang lain. Bak kata P.Ramle : “Kadang… Kadang…

Akhir sekali, keluarga saya cukup menitik beratkan halal-haram makanan yang kami sekeluarga makan, kerana jika makanan itu halal sekalipun, tetapi duit untuk membeli makanan itu dari jalan yang haram, ia akan mengundang masalah, otak yang pandai pun akan menjadi bodoh, iman akan menipis, akhlak akan menjadi buruk. Kerana yang haram itu akan menjadi darah daging termasuklah organ seperti otak dan hati.

Berbalik kepada topic, moderator slot kali ini ialah Aznil Nawawi dan Low Ngai Yuen. Yang mana mereka menyatakan masalah yang dikenal pasti oleh dari remaja berusia 15 – 25 yang mempunyai kelemahan diri seperti yang berikut :

 

  • Gagal berbicara dengan baik ?

Ini kerana disebabkan remaja (atau orang tersebut) kurang berilmu. Jikalau ada pun yang boleh berbicara dengan baik, ianya seperti pengacara rancangan yang umpama badut sarkas. Hampir keseluruhan apa yang dikatakan hanya berbentuk hiburan semata mata, tidak mempunyai isi kandungan atau moral.

Remaja lebih cenderung kepada penggunaan bahasa “alien” dengan ejaan makhluk asing seperti ayat ini :

Sy tk tau la, tp sy xnak mkn. Tla blikn sy mknn

 

Sumpah saya tidak faham. Pada saya, perosak bahasa ini adalah golongan yang tidak terpelajar. Walaupun orang itu adalah berkelulusan ijazah undang-undang. Orang akademik tidak akan merosakkan bahasa, dengan penggunakan short-form (singkatan) yang tidak di iktiraf oleh DBP, yang mana singkatan tersebut menjadi seperti bahasa alien.

Ini juga disebabkan pengalaman dan pendedahan (exposure) yang kurang.

Pada saya, seseorang yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan bagus adalah seseorang yang boleh menyampaikan “message” (hasrat) yang hendak disampaikan dengan jelas dan terang. Dan difahami oleh orang yang hendak disampaikan itu didalam masa yang singkat.

Anda mempunyai kemahiran bertutur didalam bahasa isyarat (bisu) ? Saya mempunyai kemahiran tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat sesuai untuk melihat kemahiran anda berkomunikasi, cuba anda terangkan sesuatu perkara didalam bahasa isyarat bisu, lihat berapa lama masakah yang akan diambil oleh orang yang hendak anda terangkan itu untuk memahami “message” anda. hahahaha

 

  • Tidak mahu bertanya ?

Majority remaja ini ego, kerana apabila mereka bertanya. Mereka merasakan diri mereka bodoh. Mereka mahu tunjuk yang mereka pandai, kerana itu mereka jarang bertanya. Majority mereka ibarat, sudahlah bodoh, sombong pula. Ini tidak terhad kepada remaja, tetapi juga orang orang yang berusia. Semuanya disebabkan ego. Seperti kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”.

Saya masih ingat satu peristiwa, 4-5 tahun yang lalu. Yang mana saya terjumpa seorang kanak-kanak yang sedang sibuk membaiki basikalnya, saya bertanya dia tengah buat apa, beliau berkata rantai basikalnya tercabut. Lalu saya mengajar beliau memasangnya kembali, sebaliknya beliau menyatakan : “salahlah abang, macam ni lagi cepat”. Saya kagum dengan kanak kanak itu, kerana dapat menunjukkan cara baru yang lebih cepat kepada saya. Tidak ada apa yang hendak dimalukan, setiap hari adalah hari yang baru dengan pelajaran yang baru. Tidak semua kita serba mengetahui, kan ?

 

  • Lemah dalam pemahaman komunikasi ?

Ini kerana, kebanyakkan kita tidak fokus.

Dan kebanyakkan kita terlalu emosi apabila sesuatu didalam komunikasi itu membuatkan kita marah atau hilang kawalan diri.

(sila baca pada kupasan “Gagal berbicara secara sopan” dibawah. Saya suka subjek ini.)

 

  • Tidak dapat mengutarakan pendapat peribadi ?

Selain daripada apa yang telah di katakan oleh moderator mengenai perkara ini. Antara sebab lain ialah, kurang nya ilmu dan pengetahuan. Bagaimana hendak mengutarakan pendapat peribadi ???

 

  • Gagal berbicara secara sopan ?

Moderator mengatakan :

jika ada yang boleh berkomunikasi pula, cara mereka agak kebaratan yang selalunya tiada perasaan rendah diri dan tidak bertatasusila timur. Juga penggunaan bahasa rojak, bahasa pasar atau slanga remaja pada masa yang tidak sesuai.

Saya amat kurang bersetuju dengan pandangan moderator ini. Terutamanya kenyataan mereka iaitu : “cara mereka agak kebaratan yang selalunya tiada perasaan rendah diri dan tidak bertatasusila timur”.

Sikap saya di dalam perkara seperti ini ialah, saya berfikiran terbuka (open-minded). Saya boleh terima apa sahaja, asalkan syaratnya orang itu menyatakan hasrat (message) nya dengan jelas dan terang serta mestilah fakta. Yang lain saya ketepikan, saya ambil yang positif dahulu, ibarat ambil yang  jernih dan buang yang keruh. Yang penting didalam sesuatu ialah mencari yang positif dahulu walaupun didalam perkara yang negatif.

Kelemahan kebanyakkan manusia, mereka sentiasa melihat yang negatif dahulu dari mencari yang positif, terutamanya pada orang yang mereka tidak sukai. Termasuklah pihak moderator dan pihak pentadbiran laman 1Malaysia ini.

Oleh kerana banyak pihak yang suka melihat kepada luaran (surface) negatif nya sahaja, maka ini menyebabkan “LEMAH DALAM PEMAHAMAN KOMUNIKASI”.

Dan umum mengetahui, ramai orang suka mengkritik. Tetapi berapa ramaikah yang mengkritik kemudian membuat pembetulan (giving solution) ? Tidak ramai… !!! Manusia amat suka mengkritik, tetapi tidak ramai yang pandai menyelesaikan untuk membuatkan pembetulan kepada apa yang di kritik itu.

Di dalam kajian “human behaviour” saya, ramai manusia dan saya pasti termasuk moderator sendiri, apabila saya mencuit atau menjentik emosi mereka. Saya percaya, mereka tidak akan terus membaca penulisan saya ini, atau berkemungkinan mereka akan terus membaca tetapi dengan emosi yang terganggu – lantas menyebabkan mereka hilang fokus. Kajian saya telah saya praktikkan kepada seorang pelakon wanita popular yang menjadi tikus makmal saya, segala bukti  dan hasil kajian  telah saya kumpul. Yang mana pelakon wanita popular ini, bersifat hipokrit – seolah olah dirinya matang dan bijaksana, dan kononnya selalu melihat kepada yang positif. Sebaliknya beliau membuktikan beliau menipu (she proved she is wrong !!!). Bukan hanya beliau, tetapi ramai, termasuklah orang-orang tua yang tidak bijaksana.

Ramai orang suka hendak jadi tuhan, mereka pula yang hendak menguji orang. Apabila mereka diuji, mereka tidak sedar bahawa mereka di uji oleh kuasa yang lebih bijaksana dari mereka, mereka gagal. Dan kelemahan mereka itulah sentiasa menjadi alat untuk dimanipulasi, kelemahan utama orang seperti ini ialah emosi dan apabila emosi menguasai diri, hilanglah kewarasan akal.

Dan untuk pengetahuan anda semua, kita di dunia ini bermacam dan pelbagai bangsa dan ragam serta adat resam. Ibarat peribahasa “Lain Padang, Lain Belalang”. Contohnya, bagi kita orang Malaysia, kentut adalah satu perbuatan yang tidak beradap (rude / immaner), sendawa tidak mengapa. Tetapi di England, sendawa adalah perbuatan yang tidak beradap (rude), tetapi kentut tidak mengapa kerana ia menyihatkan tubuh.

Atau contoh yang lebih kasar, orang Melaka, mereka menyebut “cilaka lahabau ekau ni” adalah perkara biasa (common).

Di Indonesia, wad kecemasan disebut sebagai “wad kecelakaan”.

Mengapa tidak menjadi isu pula ? Tidakkah itu tidak sopan (rude) ? Be realistic… !!!

Mungkin bagi anda, apa yang saya lakukan atau katakan tidak bersopan, dan bagi saya apa yang anda lakukan dan katakan terhadap saya tidak sopan. Katakanlah saya anak Sultan, tidakkah anda patut ber-protocol penuh dengan saya ? Bila masa pula saya memberi izin kepada anda supaya tidak berprotocol dengan saya, seperti memanggil saya dengan tiada gelaran diraja ? Tidakkah ini kurang sopan (rude) ??? hahaha

 

Genius Sees The Answer Before The Question

— Robert Oppenheimer –

 

Untuk membuktikan peribahasa “Lain Padang, Lain Belalang”, sila tonton klip video dan sila baca annotation pada permulaan video dibawah :

 

Ramai diantara kita yang suka menonton filem (Tan Sri) Dr. P. Ramlee, tetapi hanya ramai yang gelak ketawa tanpa sedikit pun mengambil pelajaran dari moral dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh beliau.

Seperti filem Musang Berjanggut dibawah, jikalau anda memahami sendiri pepatah “Musang Berjanggut” (it means “camourflage” in English) anda akan mengetahui filem ini mengenai apa.

 

Filem Musang Berjanggut ini mengisarkan, hanya orang yang bijaksana sahaja yang boleh mengenal pasti orang yang bijaksana juga. Seperti peribahasa, “Hanya Jauhari Sahaja Yang Mengenal Manikam” :

( * jikala anda menonton filem “Musang Berjanggut” ini sepenuhnya, watak Tun Nila Utama di dalam filem itu dikatakan “gila” “mereng” “sewel” dan sebagainya kerana apa yang dilakukan. Bagi orang yang bijaksana, apa yang dilakukan semuanya mempunyai sebab (hikmah yang dicari). Maksud atau point saya disini ialah, tidak ramai orang yang bijaksana untuk memahami orang yang bijaksana juga. Dan saya sendiri dari kajian saya, saya boleh menilai kemampuan anda… Ya Anda yang membaca ini !!! Saya tahu character diri anda. I can read you like reading books, it’s my gift and I’m good at it !!! .)

( ** seorang Professor pun saya boleh bungkus seperti bungkus lepat pisang, apalah sangat yang bukan professor. Pakai kepala lutut sahaja saya bungkuskan.)

( *** kerana itu saya mempunyai 5 orang sahabat, kerana mereka juga bijaksana yang dapat memahami saya. Dan mereka jauh lebih tua dari saya, HRM, Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Puan. Tidak perlu saya nyatakan nama nama mereka, cukup dengan gelaran dihadapan mereka. Bukan calang-calang orang yang dapat memahami saya. The credit goes to them, they deserve it. Passed my test.)

 

Untuk mengakhiri klausa ini, saya seorang yang sporting dan open-minded. Kerana itu orang bawahan saya senang bercerita dengan saya, rakyat juga senang bercerita masalah dengan saya. Kerana saya tidak kisah sopan atau tidak sopan, asalkan mereka mempunyai fakta, points / message serta ianya tidak public. Jikalau public, asalkan tidak mempunyai kata kata lucah atau carutan. Yang lain, saya terbuka mendengar atau membaca nya. Dan masalah dapat diselesaikan dengan cepat. Yang penting pada saya, ialah “result” (keputusan akhir).

Dan kerana itu orang orang barat (Mat Salleh), mereka maju dengan cepat, kerana mereka straight-forward !!!. Tidak seperti orang Malaysia, hendak berpantun pantun, cakap pun hendak berlapik lapik berpantun pantun berbunga bermadah pelbagai. Berapa lama daaa maksud hendak difahami ???

 

  • Tidak menarik perhatian ?

Seperti yang saya katakan, lain padang, lain belalang.

Bukan semua manusia ini didalam dunia hiburan, penyampaian dan persembahan harus indah. Do Not Judge A Book By It’s Cover, anda faham maksud pepetah inggeris itu ? Itulah manusia, selalu menilai dari mata kasar, bukan dari akal.

Seperti pepatah Inggeris ini menyatakan :

Beauty Lies Only In The Eyes Of The Beholder

 

CONCLUSION :

Walau apa pun, remaja kita kini, majoriti mereka umpama “tin kosong” yang berisi batu, bising sahaja lebih, tetapi tiada isi.

Kebanyakkan mereka berangan untuk menjadi Angkawan, Jutawan, Hartawan dan akhirnya sawan. Mereka menyangkakan kejayaan akan datang bergolek kepada mereka tanpa usaha (termasuk belajar), tanpa pengorbanan, tanpa ilmu dan tanpa kesusahan ?

Anak anak muda Malaysia ini, kebanyakkan mereka menghabiskan masa dengan melepak dan berbuat kerja yang tidak berfaedah. Mereka tidak suka bercampur gaul dengan orang ramai seperti membuat kerja kerja amal, mereka lebih cenderung untuk bersama dengan rakan rakan mereka yang sehaluan dengan mereka.

Kerana itu orang orang tua menyatakan :

Berkawan dengan orang bodoh, kita juga akan menjadi bodoh.

Berkawan dengan penyamun, kita juga akan menjadi penyamun.

TETAPI

Berkawan dengan orang pandai dan bijaksana, kita juga akan menjadi pandai dan bijaksana

 

Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh mengubah seseorang itu, melainkan orang itu sendiri yang mahu berubah. Anda sediakanlah apa program pun, Rakan Muda ? Rakan Penyamun ? Rakan 3suku ? Rakan Think Tank otak tepu ? semuanya tidak akan membuahkan hasil jikalau orang itu sendiri tidak mahu mengubah dirinya.

Seperti yang saya katakan didalam peryertaan saya untuk roundtable 1Malaysia ini (rujuk artikel dibawah), change your mentality -> change your self, then only you can change the world. Tepuk dada, tanyalah selera.

 

MENGAPA Program-Program di Malaysia gagal dan menjadi projek gajah putih ?

Di Malaysia ini, apa sahaja program untuk belia yang dilaksanakan, kesemuanya menjadi projek gajah putih, sebagai contoh : Rakan Muda yang telah lama menjadi “Rakan Reput”.

Dan di Malaysia ini, terutamanya orang melayu, majoriti mereka adalah PHD (Perasaan Hasad Dengki). Kerana itu, buatlah apa pun, tidak pernah yang menjadi dan berkekalan.

Malaysia juga,  terlalu banyak campurtangan politik, ahli ahli politik ini tidak pernah ikhlas membantu. Mereka hanya hendakkan habuan untuk mereka, majoriti program yang diwujudkan adalah untuk mengeluarkan wang dari perbendaraan negara bagi mengisi akaun bank mereka di luar negara. Contoh : Tan Sri Taib Mahmud ?

 

1.

Apakah program-program yang berkesan yang dapat menarik penyertaan akar umbi dalam usaha untuk memandu penguasaan dan pendedahan serta memperkuatkan kemahiran berkomunikasi ?

 

Pada saya, program yang terbaik yang boleh dilaksanakan tanpa sebarang kos ialah program yang boleh dilaksanakan di sekolah, bermula dari sekolah rendah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Program kemasyarakatan. Seperti lawatan ke rumah orang-orang tua, dan kanak-kanak ini hendaklah membuat kaji selidik, dengan soalan diberi oleh cikgu. Ini secara tidak langsung melatih mereka berkomunikasi. Dan orang-orang tua ini pasti gembira kerana dikunjungi oleh kanak-kanak. 2-in-1 benefits.

Program “pekerjaan masa hadapan”. Pegawai polis, Tentera, Doktor, Jurutera, Saintis,  dan sebagainya boleh dipanggil datang ke sekolah dalam berkumpulan untuk ditemuduga dan dipertanyakan soalan oleh pelajar pelajar sekolah ini, ini juga dapat melatih mereka berkomunikasi dengan golongan seperti itu supaya mereka tidak berasa kekok dimasa hadapan.

Perbanyakkan pertandingan berpidato, bersajak dan berbahas bagi peringkat sekolah rendah. Jadikan ianya acara kebangsaan.

Yang paling penting, ibu bapa, para guru, dan orang sekeliling, jangan lah kita menjadi batu penghalang terhadap anak anak kita pada apa yang mereka sukai selagi ianya tidak menyalahi agama mahupun undang-undang. Janganlah kita menjerit kepada anak anak kita apabila mereka banyak bertanya soalan kepada kita. Jawablah soalan anak-anak kita supaya mereka merasakan diri mereka dihargai, ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka. (jikalau kita tidak mengetahui jawapan kepada soalan anak anak kita, katakan sahaja kita tidak mengetahui daripada menipu dan memberikan jawapan yang salah yang akan menyebabkan anak kita menjadi salah kerananya). Perbanyakkan bahan bacaan untuk anak anak, supaya anak anak menjadi seorang yang berilmu. Ilmu juga secara tidak langsung akan membentuk kemahiran mereka berkomunikasi dimasa hadapan, kerana orang yang berilmu mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi.

TIDAK ADA BANGSA ATAU TAMADUN YANG BERJAYA DIDUNIA INI TANPA ILMU !!!

 

2.

Kurang keyakinan diri telah dikenalpasti sebagai kelemahan utama para graduan kita hari ini. Adakah kita harus lakukan sesuatu pada peringkat yang lebih awal untuk menangani kelemahan ini? Apa pula tindakan yang boleh kita lakukan sekarang ?

 

Sebahagian jawapan adalah seperti jawapan pada soalan no. 1 diatas :

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah, melatih… melatih… dan melatih mereka !!!

Pengalaman saya, sewaktu saya di kolej dahulu, sekitar tahun 2001, pihak kolej saya mengadakan perlawan debat persahabatan dengan pelajar dari UiTM Shah Alam. Saya disuruh untuk menyertai pasukan debat, oleh kerana saya mempunyai urusan, saya tidak menyertainya. Saya diminta oleh para pelajar untuk menentukan siapa ahli pasukkan debat nanti, kerana salah seorang dari pedebat UiTM adalah wakil debat bagi Negeri Selangor.

Saya memilih 1 orang rakan perempuan yang bookworm (ulat buku) sebagai pedebat ke-3, dan 2 kawan lelaki yang mereka ini suka melawan / melenting sebagai pedebat pertama dan ke-2. Salah seorang dari mereka ialah junior saya sewaktu didalam pengakap.

Pada mulanya mereka berdua tidak setuju, mereka kurang keyakinan diri, mereka merasakan diri mereka tidak pandai kerana mereka bukanlah pelajar yang cerdik (not a bright student). Tetapi saya meyakinkan mereka, bahawa mereka boleh berdebat dengan baik, dengan bantuan rakan perempuan pedebat ke-3, mereka akan menang.

Result (keputusannya), mereka menang !!!

Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dan dilatih dengan kepimpinan semenjak dari kecil, my judgement always sharp and accurate and I hardly get the wrong person for a task. Selalunya penilaian saya terhadap seseorang adalah betul dan tepat, jarang saya membuat keputusan yang silap dalam memilih orang bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Maksud saya disini, kita hendaklah melatih mereka membina keyakinan diri mereka dengan memberi peluang dan sedikit paksaan (push) dan orang nya mestilah orang yang betul mahu (has the willingness). Masalah dengan para graduan kita yang kurang keyakinan diri ialah kerana, majoriti rakyat negara ini mengamalkan mentaliti “seniority”, yang mana yang tua lebih berpengalaman dan berilmu kononnya. Sepatutnya kita amalkan sistem merit yang berasaskan KPI (index pretasi).

Saya ambil contoh diri saya sendiri, atau saya ambil contoh rakan saya sendiri yang merupakan seorang pegawai polis (pegawai muda). Beliau menyatakan kepada saya, walau betapa jujur amanah pun atau betapa bagus pun beliau didalam pekerjaan beliau sebagai pegawai polis, beliau tidak akan naik pangkat dengan cepat, kerana sistem di negara adalah sistem senioriti dan bukannya berasaskan sistem merit. Kerana itu, ini menghampakan beliau, dan saya dapat membaca minda beliau, kerana itu ianya mematahkan semangat anak anak muda untuk bekerja kuat, malah keyakinan diri mereka luntur disebabkan sistem kuno yang diamalkan oleh orang-orang tua kita. Kerana anak anak muda ini akan berfikiran, buat apalah hendak bekerja kuat, sedangkan mereka yang malas pun mempunyai gaji yang sama seperti mereka, kerja kuat pun tidak naik pangkat, mereka yang malas juga dapat naik pangkat kerana berasaskan sistem senioriti. Dan negara ini juga mengamalkan sistem dinasti.

Perkara ini ibarat “luka telah menjadi kudis”, saya ingin menyatakan terus terang di sini. Perdana Menteri Malaysia, semenjak kebelakangan ini sentiasa ke hulu ke hilir membawa anak lelaki bongsu beliau. Seolah-olah untuk mempromosikan anak lelaki beliau itu, dan seolah-olah negara ini di perintah oleh sistem raja monarki, yang mana Tengku Mahkota dipermasyurkan kerana bakal menjadi Sultan. Saya tahu apa niat beliau, my judgement always accurate. Tun Dr. Mahathir sendiri tidak pernah membawa anak anaknya ke hulu ke hilir terutamanya ke majlis majlis rasmi beliau sebagai Perdana Menteri. Anak-anak beliau mahupun menantu beliau ditegah sama sekali dari memasuki politik sewaktu beliau berkuasa, kerana beliau tidak mahu anak anak beliau berdiri diatas pelantar (platform) beliau, beliau mahukan anak anak beliau berdiri dan naik ke atas dengan kebolehan dan kelebihan diri sendiri.

Masalahnya, ialah pihak politik semenjak kebelakangan ini telah merosakkan sistem pentadbiran kerajaan. Mereka politik dan ahli politik, mereka hendak buat sistem apa pun di dalam parti politik mereka, itu terpulang. Tetapi didalam kerajaan dan kakitangan kerajaan, sepatutnya ianya berasaskan sistem merit (index prestasi) sebagaimana swasta. Hanya kerana parti politik itu menang didalam sebuah negeri, habis keseluruhan struktur kakitangan kerajaan ditukar kerana politik bukannya kerana merit atau sistem kelayakkan. Mereka kakitangan kerajaan hanya menurut perintah sahaja tidak kira siapa pun yang memerintah.

Ahli politik berkhidmat untuk rakyat, mereka diundi dan dipilih oleh rakyat. Kakitangan Kerajaan berkhidmat untuk negara, mereka tidak dipilih tetapi berasaskan sistem kelayakkan dan sepatutnya sistem merit bukannya senioriti. Lambang kerajaan Persekutuan ialah lambang diraja Yang diPertuan Agong, bukan lambang mana mana parti politik.

Dan saya menjadi dan berada ditahap saya sekarang, bukanlah kerana undi undi anda, tetapi atas kebolehan dan kelebihan saya (pernah mendengar perkataan “appointed” ?). Saya tidak perlukan undi undi anda, kerana itu saya tidak perlu bodek atau ampu anda semua. Saya bercakap apa yang saya hendak perkatakan dan kebenaran.

Tidak ada apa sangat yang boleh kita lakukan untuk mengubah ini, melainkan mentaliti kebanyakkan kita berubah.

 

3.

Apakah landasan/peluang/rangkaian yang boleh kita (sebagai indivdu/syarikat korporat) hulurkan kepada golongan belia sebagai saluran dan tapak untuk mereka menguji cita-cita mereka ?

 

Jikalau saya hendak memberi peluang kepada golongan belia sebagai saluran dan tapak untuk mereka mencapai (perkataan menguji tidak sesuai disini, pakai google translator kah admin 1Malaysia ? Kerana seperti “direct translation” sahaja dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia) cita-cita mereka, saya tidak akan memberikan mereka peluang terus. Saya hanya akan memberikan kepada mereka yang betul betul mahu mengubah nasib diri mereka, saya hanya akan berikan kepada mereka yang betul betul “persistant” (tidak ada perkataan di dalam bahasa Malaysia bagi “persistant”, Persistant adalah maksud yang lebih kuat dari “consistant”) dan bukannya mereka yang hangat-hangat tahi ayam atau pun anak Pak Man Telo yang ingin menjadi millionaire kemudian apa yang dilakukan dengan bantuan itu menjadi seperti “Renong Termenong” (Tan Sri Halim Saad) atau seperti “Cik Com” (Tan Sri Tajuddin Ramli).

Saya sedih melihat negara ini, mempunyai Perdana Menteri dan pemimpin yang tidak pandai menilai antara berlian berharga dengan kaca di tepi jalan. Mereka tidak berilmu seperti jauhari untuk mengenal manikam.

Orang yang betul betul berbakat (talented) tidak diberi peluang, seperti saya. Orang yang kaki ampu, yang tidak pernah berjasa seperti anak mereka yang tidak berguna diberi peluang. Kerana itu Malaysia ini kini tidak lagi seperti dahulu. Pemimpin dahulu ikhlas berjuang untuk bangsa dan negara, pemimpin kini berjuang untuk perut mereka, agenda mereka dan keluarga mereka sahaja.

Begitu juga dengan pihak swasta, peluang hanya diberikan kepada “contact” politik mereka, yang mana mereka mempunyai kepentingan dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, rancangan “Sejuta Impian”, rancangan itu bukan hendak membantu belia, rancangan itu adalah untuk dijadikan rancangan television, yang memberi keuntungan kepada mereka. Kerana itu program “sejuta impian” itu hanya tertumpu kepada belia belia yang tidak bermanfaat seperti, panjat pokok, berjoget seperti beruk dan sebagainya. Tidak adakah rancangan reka-cipta ? rancangan ulat buku ? rancangan penyelidik muda ?

Anda yang membaca ini, fikir fikirkan lah apa yang saya katakan ini. Adakah anda rasa anda berkehendakkan seorang penyanyi menjadi Perdana Menteri atau seorang pelakon suatu hari nanti yang menjadi Perdana Menteri ? Siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti, Magistret ? Lawyer ? Ahli Muzik ? Penari break dance dari rancangan sejuta impian ? MIMPI NGERI !!!

Dari pengalaman saya dan judgement saya, jikalau seseorang atau suatu syarikat itu ikhlas hendak membantu, mereka tidak akan bertanya soalan seperti ini, mereka akan terus melakukan, bantu !!! Dengan apa cara sekalipun, kewangan ? latihan ? peluang ? Mereka hendaklah mencari dan approach para belia yang dikesan berbakat, bukan mereka yang perlu di approach untuk di pohon bantuan. Soalan seperti ini ditanya, kerana hendak dijadikan program yang akan menguntungkan pihak pihak tertentu, atau mempunyai niat yang terselindung, seperti peribahasa “Ada Lobster DiSebalik Mee” (lobster itu besar, tidak boleh disorokkan, tetap kelihatan).

Prinsip yang saya pegang, jikalau sesorang itu ikhlas hendak membantu, beliau tidak perlu bertanya “tolonglah saya”, tetapi bantuan diberikan tanpa perlu diminta atau dirayu oleh orang yang ikhlas hendak membantu itu.

 

4.

Bagaimana kita boleh menyediakan peluang bagi belia kita agar mereka dapat bersaing dengan belia lain di serata dunia? Apa lagi yang diperlukan oleh belia kita sebagai pemangkin ?

 

Untuk jawapan bagi soalan No. 4 ini, apa yang saya boleh katakan ialah, belajarlah dari kesilapan lampau pemimpin kita yang angkuh, tidak memberi peluang langsung kepada yang betul betul tulen sebagaimana Pua Khein-Seng untuk topik seterusnya di dalam diskusi roundtable 1Malaysia ini.

Yang mana beliau merupakan CEO syarikat multi-billion yang bertapak di Taiwan, dan di tubuhkan di Taiwan. Beliau anak kelahiran Sekinchan, Selangor.  Berusia 27 tahun ketika menubuhkan Phison Electronic Corp, mencipta SoC (single-on-chip) controller bagi USB Flash Drive (NAND Memory). Saya membuat “homework” terhadap beliau sebelum saya menyertai perbincangan dengan tajuk beliau. Adakah anda tahu mengenai beliau ? Sejarah hidup beliau ?

Falsafah hidup Pua Khein-Seng ialah :

To judge other people’s feelings by one’s own and to treat others with sincerity.

Kenapa syarikat beliau ditubuhkan di Taiwan, dan tidak di Malaysia ?

Adakah anda merasakan bahawa, jikalau Malaysia beliau akan diberi peluang sebagaimana beliau di Taiwan ? Oh Tidak… !!! Dan terutamanya kerenah birokrasi oleh ahli ahli politik yang berkehendakkan habuan ($$$$).

Dan apabila telah berjaya, terhegeh hegeh seperti penagih Perdana Menteri dan Menteri Menteri memanggil beliau kembali ke Malaysia, memujuk beliau supaya membuka kilang dan syarikat nya di sini. Motifnya amat mudah, kerana mahukan cukai syarikat dari syarikat Multi-Billion milik Pua Khein-Seng.

Itulah hakikatnya di negara ini. Sewaktu kita susah, dan betul betul memerlukan, tiada siapa pun yang membantu, bila sudah berjaya, masing masing seperti lalat yang menghurungi najis hendak menumpang kejayaan itu dan hasilnya jika ada. Itulah orang yang tidak ada maruah. Ibarat pepatah melayu “kawan ketawa memang ramai, tetapi sahabat menangis seorang pun sukar dicari”.

Anda belajarlah dari kesilapan pemimpin pemimpin kita yang tidak pernah menghargai kelebihan seseorang, tidak pernah memberi peluang tetapi sentiasa menjadi batu penghalang dan memberi halangan, tidak pernah mempermudahkan tetapi menyusahkan sahaja !!!

You Don’t Know What You Got, Till It’s Gone !!!

Terus terang saya mengatakan, saya amat menghormati orang yang berjaya didalam hidupnya atau menjadi jutawan kerana kebolehan dirinya sendiri, bukan kerana bapa nya Perdana Menteri atau Menteri yang mana segala projek mahupun AP import kereta Porche diperolehi kerana dinasti bapanya. Maksud saya ialah orang yang berjaya dalam hidup, bukan kerana menjadi kaki ampu atau kroni mana mana parti atau ahli politik, I ADMIRED HARDSHIP !!! Hanya orang yang pernah susah atau belajar dari kesusahan sahaja yang memahami kesusahan orang lain.

 

FAKTA :

Tahukah anda, bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan career nya sebagai ahli politik ?

Setelah kematian bapanya yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, Sultan Pahang ketika itu meminta supaya Najib mengantikan tempat arwah bapanya. Beliau hanya berusia 23 tahun, menjadi timbalan menteri pada usia 25 tahun dan menjadi menteri besar Pahang pada usia 29 tahun. (rujukkan Wikipedia).

Beliau diberi peluang bukanlah kerana bakat mahupun kebolehan beliau, tetapi kerana beliau anak bekas Perdana Menteri dan di atas permintaan Sultan Pahang.

Selama beliau berkhidmat di dalam kerajaan, tidak ada satu pun rekod cemerlang beliau, tidak ada satu jasa budi beliau pun kepada negara melalui khidmat beliau sebagai Menteri di beberapa kementerian.Tidak ada sesuatu pun yang boleh dibanggakan, buktinya… beliau menutup kelemahan itu dengan membanggakan FELDA yang merupakan legacy arwah bapanya. Tidak habis-habis dengan FELDA dia, orang lain buat KLCC, buat Putrajaya, buat macam macam tidak riuh pun dengan jasa besar biskut FELDA itu (tidak sampai 1% pun KDNK Felda kepada Negara).

Persoalannya adakah adil bagi saya mahupun kami belia yang lain, yang mempunyai kebolehan dan kelebihan diri ??? dan tidak pernah diberi peluang sebagaimana beliau sewaktu belia dahulu ?

 

Anda semua masih ingat lagi kepada ZulKifli Haron ? Pencipta berbangsa melayu ? Beliau dari dahulu zaman muda, dari rakan muda sehingga kini telah menjadi rakan reput orang tua pun. Masih tidak mendapat peluang dan tidak pernah diberi peluang. Malah tidak dibantu langsung untuk berkembang. Mengapa ?

Kita semua ini, tidak payahlah berangan untuk mendapat sokongan kerajaan mahupun Perdana Menteri, contoh telah ada, anda boleh lihat sendiri cakap cakap orang yang “cakap kalu, bikin tarak serupa” (never walk their talks). Selamat datang ke kelab Rakan Reput kita semua dimasa hadapan.

 

Sekian,

Luqmanul Hakim bin Abd. Rahim bin Abdul Wahab

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s